Guestbook digital untuk majlis kahwin

Semua ucapan & gambar tetamu, satu tempat je.

Tetamu scan QR, snap gambar, tulis ucapan β€” terus masuk galeri majlis awak. Tak payah download app. Tak payah daftar. Tak payah kejar Pak Ngah minta gambar lepas kenduri.

πŸ“± Tak perlu app πŸ”“ Tak perlu akaun πŸ“Ί Boleh pasang kat TV πŸ‘΅ Nenek pun boleh guna
Sekejap, kucing tengah bukakan galeri… Ini guestbook sebenar, bukan gambar πŸ˜‰
GALERI LIVE
πŸ’
Selamat pengantin baru!Mak Su Β· baru tadi
πŸ“Έ
+1 gambar baruGeng Kolej Β· 2 min lepas
πŸ‘†Ini guestbook betul! Cuba scroll
πŸ‘€ Tengok penuh: raikanmomen.my/popo-kakaβ†—
Kita semua pernah lalui

Lepas kenduri, gambar semua hilang entah ke mana.

Seratus tetamu, seratus telefon. Gambar paling cantik selalunya ada dalam phone orang lain β€” dan orang tu dah balik kampung.

  • 1Gambar bersepah dalam 5 group WhatsApp berbeza.
  • 2Ucapan ikhlas tenggelam bawah sticker "Selamat Pagi".
  • 3Nak cari balik? Scroll sampai jari kebas.
  • 4Buku tetamu kertas? Separuh tulis nama je, separuh lagi hilang.
🌴
Keluarga Besar Tok WanMak Long, Pak Ngah, Kak Chik, +84
Mak LongSape ada gambar masa potong kek tadi? πŸŽ‚10:42
Rasanya dalam phone Pak Ngah10:43
Pak NgahSelamat pagi semua 🌹🌹🌹10:58
Kak ChikPak Ngah, gambar kek tu ada tak? πŸ˜…11:02
Pak NgahDah delete. Memori penuh πŸ™11:30
Mak Long telah keluar dari kumpulan
Maskot kucing tertidur
Maskot kucing melambai
Cara guna

Senang je. Tiga langkah, siap.

Kalau tetamu reti buka kamera phone, dia dah reti guna Raikan Momen.

1
πŸ“·

Scan QR

Letak kad QR atas meja makan, kat pintu masuk, atau selit dalam kad jemputan. Tetamu halakan kamera β€” terus terbuka.

Tak ada "sila download app" πŸ™…
2
🀳

Snap & tulis

Tetamu ambil gambar, rakam video pendek, atau tulis doa dan ucapan untuk pengantin. Masukkan nama, tekan hantar.

Lagi cepat dari beratur ambil bunga telur
3
✨

Terus masuk galeri

Semua yang dihantar muncul dalam Galeri Live β€” boleh tengok masa majlis, dan simpan selama-lamanya lepas majlis.

Pengantin tinggal senyum je 😊
Apa yang awak dapat

Bukan sekadar album. Ini diari majlis awak.

πŸ–ΌοΈ

Galeri Live

Setiap gambar, video dan ucapan tetamu muncul serta-merta. Semua tersusun cantik dalam satu galeri khas majlis awak.

πŸ’ƒ
πŸŽ‚
πŸ₯Ή
πŸ’
SIGNATURE & PRESTIGE πŸŽ₯

Video ucapan 15 saat

Cukup masa untuk ucap tahniah dan buat muka comel. Tak cukup untuk nyanyi lagu Siti Nurhaliza sampai habis β€” dan itu memang disengajakan.

πŸ”Ž

Cari ikut nama

Nak tengok apa kawan baik awak hantar? Taip nama dia, siap.

πŸ”Ž
#️⃣

Hashtag geng

Asingkan kenangan ikut kumpulan β€” keluarga, kawan sekolah, geng ofis.

#GengSekolah#BelahLelaki#Ofis#SepupuRiuh
❀️

Like & Popular

Tetamu boleh "like". Momen paling disukai naik ke atas β€” nampak siapa juara gambar candid.

πŸ“¦

Muat turun semua

Lepas majlis, simpan semua kenangan dalam phone atau laptop. Hak milik awak sepenuhnya.

Maskot kucing duduk menunggu

Momen tanpa had ♾️

Semua pakej dapat momen unlimited. Tetamu nak hantar 10 ke, 1,000 ke β€” galeri tetap muat. Tak ada drama "kuota dah habis" masa tengah bersanding.

Showtime

Ucapan tetamu terus keluar kat skrin besar.

Sambung ke TV, projektor atau skrin LED dewan. Setiap kali tetamu hantar gambar atau ucapan, ia terus terpapar untuk semua orang tengok. Majlis jadi lebih meriah β€” semua orang nak tengok nama sendiri naik.

  • πŸ“ΊGuna mana-mana skrin yang ada browser
  • πŸ”Berpusing sendiri, tak perlu orang jaga
  • ⚑Momen baru terus masuk, secara live
Nak Showtime untuk majlis saya
LIVE

"Tahniah korang! Semoga bahagia sampai ke Jannah 🀍"

β€” Aina, kawan sekolah
πŸ’ƒπŸ•Ί

"Akhirnya kahwin jugak kau. Kami ingat kau nak kahwin dengan kerja πŸ˜‚"

β€” Geng Ofis

"Maaf tak dapat datang, doa dari Sabah untuk kalian berdua 🌺"

β€” Pak Su sekeluarga
*kucing tak termasuk dalam pakej
Maskot kucing dalam bakul
Tak dapat datang?

Jauh di mata, ucapan tetap sampai.

Saudara di luar negara, kawan yang ada kerja, atau Tok yang tak larat berjalan jauh β€” semua boleh buka link yang sama dan hantar ucapan dari mana-mana.

πŸ“ Kota BharuπŸ“ KuchingπŸ“ MelbourneπŸ“ DublinπŸ“ Bilik sebelah (malas keluar)
Panel admin pengantin

Guestbook awak, awak yang kawal.

Setiap guestbook datang dengan panel admin sendiri, dilindungi PIN. Tak perlu reti IT β€” semua boleh diubah terus dari phone, bila-bila masa.

  • πŸ—‘οΈPadam gambarBuang momen yang tak sesuai. Terlanjur padam? Boleh pulihkan balik dari Bin.
  • πŸ–ΌοΈTukar gambar depanLetak gambar pre-wedding paling cantik sebagai muka depan guestbook.
  • 🎁Tukar hadiahTambah, ubah atau buang hadiah dalam senarai yang tetamu boleh pilih.
  • πŸ’³Tukar QR Salam KautKemas kini QR untuk tetamu hulur salam kaut secara digital.
  • #️⃣Edit hashtagTetapkan hashtag geng ikut citarasa awak.
  • πŸ“¦Muat turun semuaSimpan semua kenangan lepas majlis.

Gambar Pak Ngah pejam mata? Padam je. Dia takkan tahu 🀫

πŸ”’ Panel Admin Β· PIN disahkan
πŸ—‘οΈMomen
πŸ–ΌοΈMuka depan
🎁Hadiah
πŸ’³Salam Kaut
Screenshot panel admin Raikan Momen

Urus momen tetamu

πŸ’ƒ
πŸŽ‚
😡
πŸ₯Ή
πŸ’
🌸
Screenshot panel admin Raikan Momen

Gambar muka depan

Aina ❀ Hakim
Tekan, pilih gambar, siap ✨
Screenshot panel admin Raikan Momen

Senarai hadiah

🍳 Air fryer Dah ditempah
🧺 Set cadar Masih ada
β˜• Mesin kopi Masih ada
οΌ‹ Tambah hadiah
Screenshot panel admin Raikan Momen

QR Salam Kaut

Muat naik QR baru bila-bila masa
Percuma Β· 1 jam

Belum yakin? Cuba dulu, percuma.

Dapat guestbook demo sendiri selama sejam. Snap gambar, rakam video, tulis ucapan, godek panel admin β€” rasa sendiri sebelum buat keputusan.

⏱️ Aktif 1 jam ⭐ Rasa semua ciri πŸ”“ Tak perlu daftar πŸ’Έ RM0
Terus tengok pakej
60:00
masa demo awak (relaks, tak ada bom)
Lebih lama dari sesi bergambar dengan mak andam πŸ“Έ
Pakej

Pilih pakej, tempah terus melalui WhatsApp.

Bayar sekali untuk satu majlis. Tiada yuran bulanan, tiada caj tersembunyi.

Moment
Untuk majlis kecil-kecilan yang tetap nak kenangan tersusun.
RM129
Aktif 15 hari
πŸ“·
Upload gambar sahajaVideo tak termasuk dalam pakej ni
  • Momen tanpa had (unlimited)
  • Tetamu hantar gambar & ucapan
  • Link & QR khas majlis awak
  • Galeri Live
  • Cari nama, hashtag, like & popular
  • Panel admin pengantin
  • Video ucapan 15 saat
  • Showtime skrin besar
Kecil-kecil cili padi 🌢️
⭐ Paling ramai pilih
Signature
Untuk majlis penuh yang nak meriah β€” ada video dan skrin besar.
RM229
Aktif 30 hari
πŸŽ₯
Gambar + Video 15 saatTetamu boleh rakam video ucapan
  • Momen tanpa had (unlimited)
  • Semua dalam pakej Moment
  • Video ucapan sehingga 15 saat
  • Upload terus dari galeri phone
  • Showtime β€” paparan TV / projektor / LED
Pilihan selamat, mak mentua pun setuju πŸ‘
Prestige
Untuk majlis besar yang nak masa paling panjang kutip kenangan.
RM349
Aktif 60 hari
πŸŽ₯
Gambar + Video 15 saatTetamu boleh rakam video ucapan
  • Momen tanpa had (unlimited)
  • Semua dalam pakej Signature
  • Tempoh aktif paling lama β€” 60 hari
  • Sesuai untuk majlis dua belah / bertandang
Untuk yang jemput satu taman 🏘️

Banding pakej, sebelah-menyebelah

Untuk yang suka tengok semua benda dalam satu jadual πŸ€“

CiriMomentRM129Signature⭐ Paling popularPrestigeRM349
HargaRM129RM229RM349
Tempoh aktif15 hari30 hari60 hari
Jumlah momenTanpa hadTanpa hadTanpa had
Upload gambarβœ“βœ“βœ“
Ucapan bertulisβœ“βœ“βœ“
Video ucapan 15 saatBeza utama Moment vs yang lainβœ•βœ“βœ“
Upload dari galeri phoneβœ•βœ“βœ“
Showtime (TV / projektor / LED)βœ•βœ“βœ“
Link & QR khas majlisβœ“βœ“βœ“
Galeri Liveβœ“βœ“βœ“
Cari nama, hashtag, like & popularβœ“βœ“βœ“
Panel admin pengantinβœ“βœ“βœ“
Muat turun semua momenβœ“βœ“βœ“
Semua tempahan dibuat melalui WhatsApp. Tekan butang, isi nama & tarikh β€” kami sambung dari situ.
Soalan lazim

Ada soalan? Kucing kami dah sedia jawab.

Tak jumpa jawapan? Terus WhatsApp je, kami balas dengan manusia sebenar (bukan kucing).

Raikan Momen ni sebenarnya apa?
Ia buku tetamu versi digital. Tetamu majlis boleh hantar gambar, video pendek dan ucapan melalui satu link atau QR. Semua terkumpul dalam galeri khas majlis awak, dan boleh ditengok live masa majlis.
Tetamu kena download app ke?
Tak perlu. Scan QR, terus buka dalam browser phone. Tak perlu daftar akaun atau ingat password.
Macam mana nak tempah?
Tekan "Nak yang ni!" pada pakej pilihan, isi nama dan tarikh kahwin. Mesej akan terus dibuka dalam WhatsApp β€” tekan hantar, dan kami uruskan yang selebihnya.
Ada had berapa gambar tetamu boleh hantar?
Tiada had β€” semua pakej dapat momen tanpa had. Beza utama: pakej Moment untuk upload gambar sahaja, manakala Signature dan Prestige boleh terima video ucapan 15 saat.
Boleh ke saya padam gambar atau tukar gambar depan sendiri?
Boleh. Setiap guestbook ada panel admin (dilindungi PIN) untuk padam momen, tukar gambar muka depan, tukar senarai hadiah dan tukar QR Salam Kaut.
Apa itu Showtime?
Paparan khas untuk skrin besar β€” TV, projektor atau LED dewan. Momen yang dihantar tetamu akan berpusing dan terpapar secara live sepanjang majlis. Ada dalam pakej Signature dan Prestige.
Boleh ke tetamu yang tak datang hantar ucapan?
Boleh. Kongsi saja link yang sama. Siapa-siapa yang ada link boleh hantar ucapan dari mana-mana.
Lepas tempoh aktif tamat, gambar hilang ke?
Sebab itu kami galakkan muat turun semua kenangan sebelum tempoh tamat. Pilih tempoh (15, 30 atau 60 hari) yang sesuai dengan jadual awak.
Boleh cuba dulu sebelum bayar?
Boleh! Scroll guestbook dalam phone di bahagian atas halaman ini β€” itu contoh sebenar. Nak cuba sendiri? Buka demo percuma 1 jam β€” dapat guestbook demo sendiri, siap dengan panel admin.

Majlis sekali seumur hidup. Kenangan pun patut disimpan elok-elok.

Tempah sekarang, sebelum Pak Ngah sempat delete gambar lagi.

Kucing malu membelakangkan kita
Tanya je, kami tak gigit 🐾 Kucing mengintai